Monday, July 11, 2011

IHYPJ mahu kuasai Cabaran Daisy


MOHD. FAIZAL (kanan) bersama tujuh wakil IHYPJ menunjukkan biskut dan kek masing-masing yang akan berentap dalam Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Selatan di Giant Tampoi, Johor Bahru pada !0 Julai 2011.

JOHOR BAHRU – Institut Hospitaliti YPJ (IHYPJ) menampilkan tujuh peserta yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Selatan yang akan berlangsung di Giant Tampoi di sini esok bagi merebut tempat ke peringkat akhir pada 17 Julai ini.

Salah seorang wakil, Mohd. Faizal Md. Salleh yang juga Pensyarah Pastri di IHYPJ berkata, mereka kini sudah bersedia dengan resipi kek dan biskut masing-masing pada pertandingan itu.

“Kami menyediakan resipi baru menggunakan minyak masak Daisy khas untuk cabaran ini. Saya yakin, pasti ada antara kami yang akan mampu untuk mengharumkan nama IHYPJ,” katanya yang mempertaruhkan Biskut Minyak Daisy pada cabaran esok.

Meskipun bertanding bersama pelajar sendiri, Mohd. Faizal mengakui dia tidak kisah jika dia tewas asalkan ada antara pelajarnya yang menjadi juara.

No comments:

Post a Comment