ini bukan untuk memalukan kaum lelaki ,, saje mengisi masa lapang..tapi sebenarnya memang mcm2 cerita tidak kira lelaki @ perempuan..ahahaaaa !! inilah dunia,, selamat membaca yAa ,,^_^''
# Jika kamu melayannya dengan baik , dia fikir kamu jatuh cinta padanya. Jika tidak kamu dikatakan sombong !
# Ketika kamu diusha , jika kamu melayan , kamu dikatakan perempuan murahan {senang dapat}.. Jika kamu tidak melayan , kamu dikatakan terlalu memilih..
# Jika kamu berpakaian cantik , dia fikir kamu sedang cuba menggodanya.. Jika tidak , dia kata kamu ^OUT-OF-DATE^!!
# Jika kamu berdebat dengannya , dia kata kamu keras kepala.. Jika kamu diam (mengalah) , dia kata kamu tak berotak !!
# Jika kamu lebih bijak daripadanya , dia akan rasa malu. Jika dia yang lebih bijak , dia akan kata dirinya memang hebat.
# Jika kamu beritahunya tentang masalah kamu , katanya kamu menyusahkan.. Jika tidak , dia akan kata kamu tidak mempercayai dirinya..
# Jika kamu merahsiakan ''personal password'' kamu , kamu akan dituduh mempunyai skandel yang ramai.. Jika ''personal password''nya dirahsiakan , itu dikatakan sebagai langkah berjaga-jaga takut dia disabotaj !
# Jika kamu cerewet padanya , kamu dikatakan seperti mak orang ! Tetapi jika dia yang cerewet pada kamu , katanya itu kerana dia prihatin tentang kamu..
# Jika kamu melanggar janji , kamu dikatakan seorang yang tidak boleh dipercayai.. Jika dia yang lupa tentang janjinya , dia kata dia melakukannya kerana terpaksa !
# Jika kamu merokok , kamu dikatakan perempuan liar ! Tetapi jika dia yang merokok , itu melambangkan bahawa dia seorang ^GENTLEMAN^ katanya..
# Jika kamu menyakitinya , kamu dikatakan perempuan kejam.. Tetapi jika dia yang menyakiti kamu , katanya itu kerana kamu terlalu sensitif & sukar memahami..
# Jika kamu makan dengan cepat , kamu dikatakan perempuan yang tiada adab sopan.. Jika dia , itu tandanya dia sedang kelaparan & dah nak mati..
>> JIKA KAMU MEMBERITAHU SEMUA LELAKI MENGENAI PENYATAAN INI , MEREKA PASTI BERKATA BAHAWA PEREMPUAN SEKARANG TERLALU BANYAK RAGAMNYA ,,MENGGEDIK SAJA,,TIDAK ADA KERJA LAIN KE ??<<
Tuesday, March 1, 2011
~ CERITA LELAKI [ DIARI SEORANG PEREMPUAN ] ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment